I'm just like Human, but I am not Human! - PART 2
12 September 2019 @ 23:38 | 0 comment(s)

Perkara kedua yang saya perlu tekankan adalah ;
PENAMPILAN MEOW MEOW!

Penampilan saya melambangkan besar mana penjagaan saya oleh tuan saya.okaaay!
Macam awak lahh, haa awak yang selalu makeup nak bagi cantik tu walau memang tak cantik pooon tapi nak makeup jugak kannn halahaaaai jadi firt persepsi orang mesti akan cakap "wahh cantiknya dia jaga muka dia, pandai lah dia makeup" haa samalah saya yaa hoooman!
Grooming saya, mandikan sayaaa, sikatkan sayaaa.

SPESIES MEOW MEOW ni;
1.  Mandi kena air suam!
2.  Saya perlukan tuala yang bersih dan of course lebih daripada satu helai ;D
3.  Saya perlu dimandikan paling-paling pun 2 minggu sekali.
Saya tak boleh mandi selalu nanti jatuh cakitttttt :(
4.  Mandikan sayaa ni payah sikit, sebab spesies saya ni takut dengan air tapi teringin nak scan ;D
5.  Sentiasa bercakap dengan saya dan usap saya dan pujuk sayaa supaya saya lebih tenangg.
6.  Saya tak boleh pakai sabun badan awak yaa hooman! Ia akan buat bulu saya makin kejung yaa!

Soo tuan saya gunakan ini untuk shampoo;
Avo Derm Cats Shampoo Skin & Coat Formula.
Setiap shampoo kucing ni ada jenis dia sendiri, bergantung kucing yang youalls pelihara.
Bulu panjang ke, bulu pendek ke bulu gebu ke atau takde bulu,
tu semuaaa kena ambik berat juga bagi pemilihan shampoo kucing yang sesuai.

Untuk hindari saya daripada kutu dan hamas serta pepijat,
tuan saya gunakan McLEE'S Anti Flea Shampoo;

Sepertimana saya cakap saya ni macam human tapi bukan punnn 
sebab lepas shampoo ingat cukup? Tak gaisssss ;D
Untuk kekalkan bulu yang cantik dan badan saya yang berpanjangan tuan saya gunakan
BYS Brewers Yeast;
Tuan saya selalu jimat pakai brewest ni soo selalu dia beli kat shopee haihhh kedekut!
BYS Brewers Yeast ni ibarat Vitamin tambahan bagi penjagaan bulu serta kulit saya sekalo.
Selalu tuan saya bagi senyap-senyap vitamin ni.
Tuan saya selalu hancurkan vitamin tu dan campur dengan makanan sayaaaa.
Eishhhh dengki!

Statement tuan;
Dear Zikri, Along beli cikit cikitt sebab ini je yang mampu. 
Satu botol 250 tablets punn nak dekat RM70 tau takkk
JADI JANGAN BANYAK BUNYIK!
Bersyukur atas apa adanyaaa"


Tips; To cat lovers out there kalau sayangkan kucing jalanan juga dan sedih tengok sesetengah kucing yang dah berkurap apa semua, jangan risau! Pergi kedai haiwan dan beli Supercat - Jusz Spray for Cats. Sudah terbukti berkesan hilangkan kurap kucing. Ambil masa dan kena buat selalu baru jadi.


TAK BOLEH AUTOPLAY, JADI SILA TEKAN KOTAK KECIK TU EHHH. TQ!